MEMBINA MASA DEPAN GEMILANG BERSAMA KAMI
BIG LAMBONG
SERTAI BIG LAMBONG
SENARAI PAKEJ
USAHAWAN YANG TELAH KAMI BIMBING
TUAN FAZLI
BL006
Fazli Bin Karim, 27 tahun yang berasal dari Kedah merupakan bekas pekerja Kilang Jingko dan telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja di kilang tersebut akibat daripada kegawatan ekonomi sekarang. Pendapatanya ketika bekerja di kilang tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan harian yang mengakibatkan beliau berasa tertekan. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kemudian, beliau telah bertemu dengan Encik Afnan iaitu pemilik syarikat Big Lambong. Encik Afnan telah berkecimpung dalam bidang perniagaan ini selama 29 Tahun.
Fazli yang berminat dengan perniagaan banyak bertanya dan belajar daripada Encik Afnan dan akhirnya mengambil langkah dengan mengambil Franchise Big Lambong untuk memulakan langkah pertama dalam hidupnya. Pada awal perniagaan beliau telah meraih sebanyak RM12,000.00 sebulan daripada hasil jualan perniagaanya itu. Seterusnya, kini beliau dapat meraih hasil jualan sebanyak RM20,000.00 sebulan dan keatas. Alhamdulillah, berkat usaha dan kecekalan beliau dalam perniagaan ini, beliau kini berpuas hati dengan tindakannya dahulu dengan berhenti kerja di kilang dan mengikuti jejak langkah Encik Afnan dalam bidang perniagaan.
JUALAN FEBRUARI 2022
RM20,000.00 !!
TUAN AIMAN
BL005
Muhammad Amir Aiman Bin Daud, 25 tahun merupakan anak kelahiran Kedah. Pada tahun 2020, Aiman terpaksa pulang ke tanah air iaitu Malaysia akibat daripada Covid-19 yang telah melanda Dunia. Beliau terpaksa menangguhkan pelajarannya di luar negara di luar negara dan beliau mengambil keputusan untuk bekerja dengan Encik Afnan. Beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ini kerana beliau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang tersebut. Beliau bekerja dengan Encik Afnan selama setahun lebih dan melihat bahawa beliau berpotensi untuk berjaya sekiranya beliau membuat perniagaan ini sendiri. Oleh itu, bertekad dan menyahut cabaran dengan mengambil langkah untuk membuka perniagaan Franchise Big Lambong dibawah bimbingan Encik Afnan pada Tahun 2022. Selama beliau bekerja dibawah Encik Afnan, banyak ilmu yang telah diperolehi dan dipelajarinya daripada Encik Afnan. Beliau telah menggunakan segala teknik yang telah diajar dan mengaplikasikan dalam pernigaan beliau. Pada awal perniagaan Aiman telah meraih sebanyak RM19,000.00 sebulan daripada hasil jualan perniagaanya itu. Seterusnya, kini beliau dapat meraih hasil jualan sebanyak RM30,000.00 sebulan dan keatas. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kecekalan beliau dalam perniagaan ini, beliau kini berpuas hati dengan tindakannya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan Big lambong ini.


